Thursday, June 26, 2008

Pengaruh liberalisme..

apa itu Falsafah liberal?apa itu Falsafah liberal?

Ensiklopedia Britannica 2001 deluxe edition CD-ROM, menjelaskan bahawa perkataan liberal diambil dari bahasa latin liber,free. Liberalism secara etimologi bererti falsafah politik yang menekankan nilai kebebasan individu dan peranan negara dalam melindungi hak2 warganya.


Sekularisasi Malaysia yang membawa liberal daripada barat.

siapakan yang mensekularkan budaya di malaysia? Malaysia bermula dengan adanya tanah melayu dan borneo. Penjajahan British yang begitu lama telah meninggalkan kesan terutama melalui medium pendidikan. Apabila budaya sekular mulai memasuki ruang kosmo orang islam, mereka mula ingin mempersoalkan ketuanan istana yang pada asalnya menjadi penaung agama islam dan ulama. Mereka mula menganut fahaman kapitalisme dan mula memusuhi budaya ekonomi islam yang turun temurun. Wang ringgit mula berpusat kepada nilai kertas kosong sahaja kuasa British teralih Kepada Amerika Syarikat.

Badan2 hak asasi manusia dan suara hak asasi mula dilaungkan. Walaupun bermanafaat tetapi agenda utama British dan sekutunya pada 1948( tahun ini adalan yahun keramat bermulanya suatu peraturan dunia berkenaan hak asasi manusia. Atas alasan mengambil kira hak sedunia, British cuba menghakis pengaruh islam melalui ruang perjuangan hak asasi!!) adalah mensekularkan umat islam dengan lebih dahsyat. Kini kader2 sekular mula bersuara mempertikaikan hukum islam dan kuasa sultan dalam melindungi islam.

No comments: